 |
|
 |
 |
 |
 |
| |
 |
Program Pek School of X/S.O.X. hanya boleh diaktifkan/digunakan jika pelanggan berumur antara 12 dan 18 tahun. |
| |
|
 |
Di bawah Program ini, pek permulaan promosi mesti diaktifkan sebelum 30 Jun 2008 atau Celcom akan membatalkan Program dan tidak akan bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada pelanggan bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat daripada pembatalan. |
| |
|
 |
Pelanggan perlu mengemukakan dan menyerahkan salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (KP) atau pasport kepada Celcom atau wakil penjual yang dilantik untuk tujuan pendaftaran dan pengaktifan Program ini. |
| |
|
 |
Pelanggan hanya boleh mendaftarkan 1 (satu) Pek S.O.X. dengan menggunakan KP/Pasport di bawah Program ini. |
|
| |
 |
Di bawah Program ini, Pelanggan akan diberikan RM10 kredit PERCUMA selepas mengaktifkan pek permulaan (iaitu Berjaya membuat panggilan pertama selepas pendaftaran pek permulaan dan membuat pilihan untuk bahasa) dan menambah nilai RM10 atau lebih dengan serta-merta selepas mengaktifkan pek. |
| |
|
 |
Selepas mengaktifkan pek permulaan, pelanggan mesti menambah nilai RM10 atau lebih dalam satu tambah nilai untuk mendapatkan RM10 kredit PERCUMA.
|
| |
|
 |
Setiap pelanggan boleh menikmati bonus pengaktifan ini untuk satu (1) kali sahaja. |
| |
|
 |
Kredit PERCUMA akan dihantar kepada pelanggan dalam masa 24 jam selepas pelanggan telah memenuhi kriteria pengaktifan dan tambah nilai seperti yang ditetapkan oleh Celcom dari semasa ke semasa. |
| |
|
 |
Kredit PERCUMA yang dinikmati tidak mempunyai sebarang tempoh kredit. Akaun pelanggan mestilah aktif untuk menikmati Kredit PERCUMA tersebut. |
|
| |
|
| |
 |
Celcom berhak untuk mengenakan bayaran langganan sebanyak RM3/bulan untuk kadar istimewa dan ciri-ciri yang ditawarkan dalam Program ini. Selepas bayaran langganan dikenakan, Celcom berhak untuk menamatkan ciri-ciri dan kadar yang ditawarkan secara keseluruhan atau separuh jika pelanggan tidak bersetuju menjelaskan bayaran langganan. |
| |
|
 |
Celcom berhak untuk mengenakan bayaran langganan yang berasingan sebanyak RM3/bulan untuk ciri 8pax S.O.X. yang ditawarkan di bawah Program ini. Selepas bayaran langganan dikenakan, Celcom berhak untuk menamatkan ciri-ciri dan kadar yang ditawarkan secara keseluruhan atau separuh jika pelanggan tidak bersetuju menjelaskan bayaran langganan. |
| |
|
 |
Sekiranya kredit dalam akaun pelanggan tidak mencukupi dan/atau langganan ditamatkan selepas pelaksanaan langganan RM3/bulan, Celcom akan, menurut budi bicara mutlaknya, menukar dan mengenakan kadar 8pax yang biasa dan/atau kadar lazim yang lain. Tambahan RM3 akan dikenakan di samping bayaran langganan yang biasa untuk kadar/ciri-ciri istimewa bagi Program dan/atau bayaran langganan 8pax S.O.X. akan turut dikenakan jika pelanggan ingin melanggan semula. |
|
| |
 |
Pelanggan Pelan S.O.X. atau Xchange yang menjadi pelanggan sebelum 4 Jun 2008 secara automatik boleh menikmati semua ciri baru yang dilancarkan untuk S.O.X. kecuali untuk sebarang Pengaktifan berdasarkan Bonus Tambah Nilai.
|
|
| |
 |
Pelanggan tidak boleh melantik atau memindahkan sebarang hak, obligasi atau manfaat yang dimiliki di bawah Program ini kepada mana-mana pihak ketiga.
|
| |
|
 |
Celcom berhak untuk menggantung, membatalkan, mengeluarkan atau menamatkan keseluruhan atau mana-mana bahagian Program atau ciri-ciri tambahan pek permulaan dan/atau Program ini tanpa perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian secara sivil atau jenayah termasuk tetapi tidak terhad bagi keadaan yang berikut:
 |
Gagal mengesahkan dokumen pendaftaran dan umur pada bila-bila masa sewaktu pendaftaran; |
| |
|
 |
Selepas mendapati terdapat aktiviti yang pada anggapan Celcom berlaku penipuan dan/atau |
| |
|
 |
Maklumat yang diberikan oleh pelanggan adalah maklumat palsu atau tidak lengkap |
|
| |
|
 |
Celcom berhak untuk menukar, mengubah, mengeluarkan atau meminda mana-mana bahagian atau keseluruhan Program pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada pelanggan. Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan pertukaran, perubahan atau pindaan yang berkenaan. |
| |
|
 |
Celcom tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang dibuat oleh pelanggan atau tuntutan pihak ketiga atau kerugian akibat sebarang keadaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan keuntungan, punitif, tidak langsung, khusus, kerosakan sampingan atau akibat langsung atau untuk kerosakan lain dan sebarang tuntutan berkaitan bagi sebarang keadaan termasuk secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga, kerosakan akibat langsung atau kerosakan lain. |
|
|
| |
| |
|
|
 |
 |
|