Syarat dan Peraturan Kempen S.O.X. All Stars March & Cheer (“Kempen”)
Kempen ini dianjurkan oleh Celcom Mobile Sdn Bhd (27190-A) (“Celcom”). Terma dan syarat ini haruslah dibaca bersama-sama dengan terma dan syarat yang telah dimeterai di dalam Borang Permohonan Pelanggan Celcom dan pelan S.O.X.
Syarat dan Peraturan Utama
| 1. |
Tempoh bagi Kempen ini akan bermula mulai 22 Jun 2009 sehingga 25 September 2009 (“Tempoh Kempen”). |
|
| 2. |
Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan pelan S.O.X. Celcom yang berumur diantara 12 hingga 18 tahun (“Peserta”). |
|
| 3. |
Kempen ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang mana maklumat mengenai tarikh, lokasi dan penjelajahan sekolah adalah dipaparkan di laman web dari semasa ke semasa di www.xpax.com.my. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Peserta untuk merujuk laman web rasmi di www.xpax.com.my pada bila-bila masa mengenai butiran terperinci, pemberitahuan atau perubahan berhubung dengan Kempen. |
|
| 4. |
Kempen mengandungi maklumat-maklumat seperti yang berikut:
|
Pertandingan S.O.X. All Stars March & Cheer (“Pertandingan”)
| 1. |
Penjurian bagi Kempen ini adalah berdasarkan Syarat & Peraturan Pertandingan (“Syarat & Peraturan”). |
|
| 2. |
Celcom berhak untuk meminda atau mengubah Syarat & Peraturan Pertandingan pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya tanpa pemberitahuan lanjut kepada Peserta dan Peserta akan terikat dengan perubahan dan pindaan sedemikian. |
|
| 3. |
Peserta adalah sama sekali dilarang untuk membawa sebarang bahan yang menyalahi undang-undang atau berbahaya dan penggunaan bahan sedemikian akan dianggap kesalahan jenayah yang serius dan mana-mana individu yang ditangkap kerana memiliki bahan sedemikian akan dikenakan hukuman yang berat selaras dengan undang-undang yang ditetapkan. |
|
| 4. |
Celcom, agensi-agensinya, penaja-penaja dan wakil-wakilnya berhak untuk melarang atau tidak membenarkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan masuk sebelum atau semasa Kempen berlangsung untuk sebarang tujuan |
Syarat dan Peraturan Am
| 1. |
Dengan menyertai Kempen ini, Peserta telah pun membaca dan bersetuju untuk mematuhi syarat dan peraturan yang terkandung di sini dan semua keputusan yang dibuat oleh Celcom. |
|
| 2. |
Syarat dan peraturan yang terkandung di sini mesti dibaca bersama dengan syarat dan peraturan khusus untuk setiap aktiviti dan acara, Soalan Lazim dan maklumat-maklumat lain adalah dipaparkan pada laman web rasmi di www.xpax.com.my atau sebarang bentuk komunikasi berkaitan yang dikeluarkan oleh Celcom. |
|
| 3. |
Celcom berhak sepenuhnya untuk menghentikan/menghalang tetapi tidak terhad kepada menolak, menarik balik dan membatalkan mana-mana Peserta daripada mengambil bahagian dalam sebarang atau keseluruhan Kempen sekiranya difikirkan perlu. |
|
| 4. |
Semua keputusan Celcom berhubung dengan kempen ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Sebarang rayuan tidak akan dilayan. |
|
| 5. |
Celcom berhak untuk meminda atau mengubah syarat-syarat ini menurut budi bicara mutlaknya tanpa pemberitahuan lanjut kepada Peserta dan Peserta akan terikat dengan perubahan dan pindaan sedemikian. |
|
| 6. |
Celcom, agensi-agensinya, penaja-penaja dan wakil-wakilnya tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang cara terhadap sebarang kos, perbelanjaan, kerosakan, liabiliti dan kecederaan yang timbul akibat atau dalam sebarang cara berkaitan dengan Kempen atau akibat pembatalan Kempen ini. |
|
| 7. |
Celcom, agensi-agensinya, penaja-penaja dan wakil-wakilnya tidak menerima sebarang liabiliti sama ada secara sivil atau jenayah (dan termasuk semua liabiliti) terhadap sebarang kerugian atau kerosakan atau akibat langsung atau tidak langsung untuk sebarang keadaan walau bagaimana sekalipun yang timbul akibat sebarang keadaan semasa Tempoh Kempen. |
|
| 8. |
Para Peserta mengakui dan bersetuju bahawa penyertaan mereka dalam Kempen ini adalah atas risiko sendiri dan bersetuju untuk melindungi Celcom, agensi-agensinya, penaja-penaja dan wakil-wakilnya terhadap sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan dan liabiliti (termasuk terhadap kerugian atau reputasi dan nama baik serta caj bayaran profesional.) |
|
| 9. |
Para Peserta akan membebaskan Celcom, agensi-agensinya, penaja-penaja dan wakil-wakilnya daripada semua liabiliti, kos, kerugian yang timbul akibat sebarang kecederaan peribadi dan kerosakan harta benda sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang dapat dijangka akibat sebarang tindakan cuai atau lalai. |
|